Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

BAB 11: Pengurusan Kepelbagaian Budaya

KUMPULAN 5: Meredith Becker (D20192091152) Presley Louis (D20192091137) Hazierra Jaimun (D20192091763) Arizislynie Nuie (D20192091748) Frenesia Timothy (D20192091228) PENGENALAN Menurut Banks, 1989, kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya. Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya. Manakala, menurut   Saha, 1997 pula pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku sama ada dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang