Meredith Becker (D20192091152)
Presley Louis (D20192091137)
Hazierra Jaimun (D20192091763)
Arizislynie Nuie (D20192091748)
Frenesia Timothy (D20192091228)
PENGENALAN
Menurut Banks, 1989, kepelbagaian latar belakang individu
dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam
institusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi
pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang
berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya. Hal ini menunjukkan kewajaran
mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya. Manakala, menurut Saha, 1997 pula pendidikan pelbagai budaya ialah
proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya,
yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai
budaya boleh berlaku sama ada dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan
pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi,
pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara
budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan
sikap. Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep,
gerakan, dan proses. Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan
idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam
kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau
kriteria lain. Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan
sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar
daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang
sama untuk belajar. Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat
difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat
dicapai oleh semua pelajar.
DEFINISI BUDAYA
Definisi Budaya berdasarkan
pandangan Profesor dan tokoh. Menurut Prof. Dr. Amir Hasan, budaya merujuk
kepada ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan
manusia daripada persekitaran sosialnya. Seterusnya, seorang tokoh terkenal
iaitu Edward B.Taylor mengatakan bahawa budaya adalah keseluruhan yang kompleks
yang mengadungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang,
adat dan sebarang bentuk kepayaan yang diperolehi oleh seseorang sabagai ahli
masyarakat. Di samping itu, seorang lagi tokoh iaitu Pierre Boudieu mengatakan
bahawa budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah
saling berkaitan.
DEFINISI PELBAGAI BUDAYA
Pelbagai budaya adalah satu sistem
kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan
kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat. Seterusnya,
mengakui dan menghargai perbezaan sosial budaya dan menggalakkan serta menerima
sumbangan berterusan dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi
atau masyarakat berkenaan.
TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA
Teori sosial terbahagi kepada
tiga, iaitu Anglo Conformity, Etchnic Synthesis dan Cutural Pluralism
( Mosaic Analogy ). Teori yang pertama iaitu Anglo Conformity
bermaksud masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar
belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya yang disatukan dalam satu wadah yang
paling dominan. Hal ini kerana teori ini melihat individu dalam masyarakat
secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti. Oleh yang demikian teori
ini jelas berpegang teguh kepada prinsip demokrasi.
Seterusnya, Etchnic
Synthesis yang bermaksud setiap individu dalam satu masyarakat yang
pelbagai latar belakang disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk
wadah baru dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap
individu dalam masyarakat. Hal ini kerana identiti agama, etnik, bahasa dan
budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti
yang baru. Oleh yang demikian, teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana
hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan
membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
Selain itu, Cultural Pluralism (Mosaic Analogy) iaitu masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa dan budaya yang tersendiri. Hal ini kerana setiap masyarakat memiliki hak untuk mengekspretasikan identiti budaya mereka secara demokratik. Oleh yang demikian, teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok.
DIMENSI PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA
Terdapat beberapa dimensi yang
diambil kira dalam pelaksanaan pendidikan pelbagai budaya. Antaranya adalah, ‘Content integration’ yang bermaksud
mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep
asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu. ‘The knowledge
construction process’ iaitu membawa pelajar untuk memahami implikasi
budaya ke dalam sebuah mata pelajaran. Seterusnya adalah, ‘An equity
pedagogy’
yang bermaksud menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para
pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik
dari segi ras, budaya ataupun sosial. 'Prejudice
reduction’ yang mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar
dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi
mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain. Akhir sekali, ‘An empowering school Culture and
Social Structure’ iaitu
melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan
seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan
memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.
PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA BERKESAN
Prinsip-prinsip pendidikan
pelbagai budaya berkesan. Satu daripadanya adalah pendidikan pelbagai budaya
merupakan pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi
sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang. Bukan itu saja,
pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum. Pendidikan
pelbagai budaya juga meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif.
Seterusnya ,populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah
kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.
PENDEKATAN PELAKSANAAN
PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
Pendekatan pelaksanaan juga
penting dalam pendidikan pelbagai budaya di sekolah. Antaranya adalah, Guru
perlu menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua
bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang
sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Di samping itu, Guru juga
perlu memberi perhatian kepada suara
hati pelajar agar pelajar dapat berkomunikasi dengan baik sekaligus dapat
memastikan pendidikan pelbagai budaya berkesan. Komunikasi secara verbal dan
bukan verbal antara guru dan pelajar pula hendaklah dianalisis untuk
meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran. Malahan, adalah
penting bagi seseorang pelajar merasa selesa dan diterima apabila mereka
membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah. Seterusnya, pengajaran
pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah
pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar. Pengajaran pendidikan pelbagai
budaya adalah berpusatkan pelajar. Oleh itu, adalah tidak sesuai apabila
seseorang guru menggunakan kaedah kuliah. Pendidikan pelbagai budaya ini pula
berasas kepada prinsip iaitu penghargaan, empati dan kesamarataan. Cara belajar
pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan
mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Bukan itu saja, pendidikan
pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal. Ini
kerana, pendidikan pelbagai budaya akan memberi kesan kepada kurikulum di setiap
peringkat. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir
secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya. Oleh itu, ianya
memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum lain.
DASAR-DASAR
PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
·
Laporan Barnes (1951)
Laporan ini mencadangkan
penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar.
Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar,
maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes
yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan
individu kearah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan
kemahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu mencapai
kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk
dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang
merangkumi semua kaum. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada
masyarakat Cina dan India menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini
membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.
· Laporan Fenn-Wu (1951)
Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan
jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang
berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman. Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa
lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecilkan keupayaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah
dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak
pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian.
Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu
jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan
yang dikemukakan.
·
Ordinan Pelajaran (1952)
Laporan ini mencadangkan agar Sekolah
Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah
vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem
persekolahan kebangsaan. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa pengantar, manakala Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
Walaubagaimanapun, Ordinan Pelajaran
(1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku darurat dan juga sebab
kekurangan wang.
·
Akta Pendidikan (1961)
Akta ini berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Razak 1956. Asas utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut ialah pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, akta ini diwujukan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu. Akta ini merupakan mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberikan tumpuan atau penekanan kepada perkara-perkara seperti penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid.
CIRI-CIRI GURU BERKESAN DALAM MENGURUS KEPELBAGAIAN BUDAYA
Terdapat beberapa
ciri-ciri guru yang berkesan dalam mengurus kepelbagaian budaya terutamanya
dalam bilik darjah menurut dua tokoh terpengaruh dalam pendidikan kepelbagaian
budaya iaitu Banks (1989) dan Najeemah (2007). Menurut Banks (1989), yang
merupakan pengarah dan juga salah seorang pensyarah di salah satu universiti
Washington mengatakan bahawa untuk menjadi seorang guru yang berkesan dalam
mengurus kepelbagaian budaya ialah seseorang guru itu haruslah sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar
belakang. Hal ini membolehkan guru itu peka akan permasalahan yang dihadapi
oleh pelajar dan mecari solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
Seterusnya, guru hendaklah sensitif terhadap kemungkinan wujudnya kontroversi
tentang yang diajar. Hal ini adalah kerana, pelajar dating dari pelbagai budaya
dan sebagai seorang guru hendaklah mengelakkan daripada menyentuh isu-isu
sensitif. Akhir sekali, menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan.
Teknik ini telahpun diadaptasi oleh pendidikan di Malaysia dan ia adalah salah
satu teknik yang terbaik khasnya dari segi komunikasi antara pelajar dengan
pelajar serta guru dengan pelajar.
Menurut Najeemah (2007) pula, beliau menekankan
bahawa untuk menjadi guru yang berkesan dalam mengurus kepelbagaian budaya ini
ialah guru perlulah jujur dan menghargai alternatif budaya. Selain itu, guru
mestilah tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka. Hal ini sangat
penting dalam mendapat kesamaan ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh kerana
pelajar sangat mudah menerima gangguan emosi misalnya, hal ini dapat menjadi
salah satu punca sekiranya guru berat sebelah dan tidak berfikiran terbuka.
Bukan itu sahaja, pencapaian dalam akademik juga boleh merosot sekiranya guru
bersifat demikian. Akhir sekali, guru haruslah menganggap bahawa kepelbagaian
budaya memberi manfaat kepada mereka. Menjadi seorang guru tidaklah mudah dan
untuk mencapai sasaran dalam pengajaran juga sangat sukar. Maka, menjadi seorang
guru itu hendaklah menganggap bahawa kepelbagaian budaya yang wujud dalam bilik
darjah itu adalah satu peluang dalam mencapai sasaran pengajaran. Misalnya
pelajar yang kurang cerdik dalam subjek yang diajar adalah satu peluang bagi
guru meningkatkan alternatif pengajaran beliau supaya pelajar tersebut dapat
mengatasi kelemahan mereka dalam subjek tersebut sekaligus menjadi satu peluang
keemasan bagi guru tersebut dalam menyerlahkan diri sebagai guru yang
cemerlang.
Pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah satu
interaksi pengajaran guru dengan murid yang merupakan satu kaedah yang patut
diadaptasi oleh semua kalangan guru. Misalnya, interaksi guru dengan pelajar.
Pengurusan bilik darjah mesra budaya ini memerlukan guru yang mempunyai tahap
interaksi dengan pelajar yang tinggi. Hal ini membolehkan pelajar tidak segan
silu dalam melakukan soal jawab berbeza dengan guru yang bersifat antagonis.
Selain interaksi dengan pelajar, kemudahan teknologi juga adalah satu cara yang
menunjukkan kaedah pengajaran seseorang itu adalah sebuah pengajaran yang mesra
budaya ataupun tidak. Kaedah pengajaran yang menggunakan teknologi seperti
Kahoot, Quizziz dan sebagainya mampu merangsang interaksi pelajar dan minat
pelajar untuk hadir ke bilik darjah.
Di samping menjadikan guru sebagai guru yang
berkesan dalam bilik darjah, pihak sekolah juga merupakan satu aspek terpenting dalam mengurus kepelbagaian
budaya di sekolah. Terdapat banyak alternatif sekolah dalam menjayakan
pengurusan kepelbagaian budaya di sesebuah sekolah itu contohnya, menubuhkan
kem. Kem adalah satu platform di mana semua pelajar dari pelbagai budaya
disatukan dalam satu program yang dianjurkan olej pihak sekolah atau jabatan
pendidikan. Contoh kem yang sering dijalankan oleh sekolah ialah kem motivasi,
kem kepimpinan, kem unit beruniform dan sebagainya. Selain itu, kegiatan
ko-kurikulum juga adalah satu contoh kegiatan di luar bilik darjah yang
tercatat dalam sistem pendidikan yang bertujuan untuk memberangsangkan lagi
ilmu pengetahuan serta keyakinan diri pelajar selain dalam bilik darjah. Contoh
kegiatan ko-kurikulum tersebut ialah seperti kelab Rukun Negara, kelab Rakan
Sebaya dan sebagainya.
KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI
GURU
Guru adalah
merupakan agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Pelbagai
kaedah yang berkesan perlu digunakan oleh guru untuk mencetuskan kesedaran
pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara dan kepetingan
perpaduan dalam kalangan kaum. Terdapat empat peranan guru sebagai agen
sosialisasi yang telah dikenalpasti, iaitu penyampai ilmu kenegaraan, penyampai
ilmu kebudayaan, penyampai ilmu perpaduan dan suri teladan kepada pelajar.
Seseorang guru yang mempelajari kebudayaan kaum lain akan membawa manfaat
kepada diri serta pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Justeru, guru haruslah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu kebudayaan kaum
agar ilmu tersebut boleh disampaikan dengan tepat dan berkesan kepada pelajar.
Guru yang memahami
kepelbagaian budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran
yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan menerapkan unsur-unsur budaya
dan semangat perpaduan kepada para pelajar, maka, pelajarnya akan menjadi lebih
mengenali budaya-budaya yang terdapat di Malaysia dan secara tidak langsung
nilai-nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri pelajar.
Guru memainkan peranan
yang penting dalam menyampaikan ilmu perpaduan kepada pelajar. Hal ini adalah
kerana guru mempunyai potensi untuk mempengaruhi minda dan tingkah laku
seseorang pelajar melalui tindakan dan tingkah laku mereka kerana guru dianggap
sebagai “role model” oleh para pelajar. Oleh itu, seorang guru adalah
bertanggungjawab untuk mempertahankan keamanan dan kestabilan negara
memandangkan peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan
kaum di sekolah adalah penting untuk melahirkan masyarakat yang harmoni, saling
hormat-menghormati dan bersatu padu.
Kesimpulannya, dalam mengurus kepelbagaian budaya ini tidaklah mudah dan memerlukan sokongan yang kuat dari pelbagai pihak khasnya dari pihak sekolah, ibubapa dan pihak jabatan Pendidikan dalam membentuk sesebuah sekolah itu merupakan sekolah cemerlang dengan akhlak, kepintaran dan kemahiran.
RUJUKAN
·
https://www.slideshare.net/Asyikin4996/pengurusan-pelbagai-budaya
·
https://dokumen.tips/documents/kepentingan-memahami-budaya-kepada-guru.html
·
https://scholarworks.umb.edu/trotter_review/vol3/iss3/5/
·
http://eprints.usm.my/32319/1/SHAKILA_BINTI_CHE_DAHALAN.pdf
Penjelasan yang sangat ringkas dan mudah untuk difahami
ReplyDeleteterima kasih!
DeleteSetuju!
DeleteTerima kasih, sangat membantu untuk melaksanakan assignment KPS
ReplyDelete